Lokasi Kem Rimba Tamu (KRT), di kaki Gunung Genting, dalam kawasan Perkampongan Orang Asli Suku Temuan. Dengan bertemakan “Back To Nature”, kursus-kursus yang dijalankan akan menggunakan alam sekitar sebagai perantara penyampaian. Para peserta akan didedahkan dengan cara berdaya saing secara sihat dalam cabaran perubahan globalisasi dunia termasuklah daya keusahawanan disamping berintegriti dan berfikiran dinamik (Integrity and Dynamics).

Anda akan menikmati suasana dalam taman hutan lipur, dalam suasana rimba semula jadi, beriramakan deruan air sungai sedingin salji yang sungguh menyegarkan dari kelesuan anda berpenat lelah kerana bekerja mencari nafkah dan kekayaan dunia dan akhirat. Namun kem ini adalah medan untuk anda menguji kesihatan, ketahanan, memupuk semangat berpasukan dan mencabar ketabahan di samping menghirup udara nyaman pergunungan.

Di sini, kami menyediakan pelbagai kemudahan kem di bawah rimbunan rimba semulajadi untuk anda menganjurkan pelbagai program latihan, motivasi mahupun kesejahteraan fizikal & mental.

FAQs

Q Harga tapak

RM60/tent (tepi sungai)
RM40/tent (bawah pokok durian)

Q Harga chalet

RM80

1 Review for Kem Rimba Tamu

Don Arissa 1 Reviews
sempoi baq ang
5.0.0

Best, dok bawah pokok site.. aku dah mcm main masak2 di kala tua. dok depan sungai, pon best sebab bunyi alam sebelah telinga Power point whola day… so x yah la risau panas. tp jgn la bawak induction cooker lak. lingkop la tpt tu

Was this review ...? Interesting 3 LOL 0 Love 1
image