GIBS Ecotourism Resort

Menikmati alam semulajadi untuk Kekal Sihat Bersama Alam Semulajadi

Be the first to review

GIBS Ecotourism Resort mula dibangunkan pada tahun 2016 di kawasan seluas 35 ekar di Jalan Ulu Yam, Selangor. Resort ini adalah 100% milik penuh Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS). Lokasinya amat strategik dan hanya 30 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Resort ini berkonsepkan ‘Kekal Sihat Bersama Alam Semulajadi’ (Stay Healthy With Nature) iaitu adanya riadah di dusun durian, rambutan dan buah-buahan teropika yang lain, kehijauan hutan simpan, gunung ganang di sekelilingnya yang boleh dibimbing untuk diterokai dan riadah air di Sungai Batu, menuju ke Empangan Batu yang mengalir melalui resort ini.
Resort ini mengadakan pelbagai program dan aktiviti latihan, pembangunan insan, penginapan chalet, perkhemahan, riadah, rentas halangan (obstacle), hari keluarga dan aktiviti riadah sungai.

FAQs

Q Do you charge per tent or per pax?

RM15 per tent.

Q Apakah daya tarikan utama di GIBS Ecotourism Resort?

Daya tarikan utama ialah kehijauan hutan simpan semulajadi, bukit bukau disekelilingnya, Sungai Batu yang mengalir melalui GIBS Ecotourism Resort menuju ke Empangan Batu dan dusun buah-buahan tropika dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Q Berapakah kadar bayaran tiket masuk ke GIBS Ecotourism Resort?

Kadar bayaran masuk yang dikenakan ialah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.

Q Bilakah waktu beroperasi GIBS Ecotourism Resort?

Waktu beroperasi ialah jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam bagi yang tidak menginap.

Q Adakah disediakan parkir kereta yang selamat?

Parkir kereta yang selamat dalam kawasan berpagar telah disediakan. Ia boleh menempatkan hampir 100 kereta dengan kadar bayaran hanya RM1.00 sahaja untuk sekali masuk. Keselamatan kereta adalah tanggungjawab sendiri. Walaubagaimana pun, usaha untuk kawalan keselamatan dalam kawasan berpagar di GIBS Ecotourism Resort telah dilaksanakan.

Q Apakah kemudahan penginapan yang disediakan di GIBS Ecotourism Resort?

Kemudahan penginapan yang disediakan ialah chalet moden, asrama, wakaf dan tapak perkhemahan.

Q Apakah kemudahan lain yang disediakan?

Kemudahan lain yang disediakan ialah surau, tandas awam, dewan aktiviti, kafetaria, padang-padang aktiviti, dusun buah-buahan tropika dan pokok hutan semulajadi untuk rekreasi dalam kawasan berpagar seluas 35 ekar.

Q Apakah pakej program yang disediakan?

Pelbagai pakej program untuk keluarga, jabatan kerajaan, badan korporat, swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi dan lain-lain disediakan seperti dalam website GIBS.

image