Komfy Kundasang...
Komfy Kundasang, Kundasang, Saba...
Jiwacamp boleh memuatkan 38 buah khemah bersaiz unta, saiz tapak purata 20 kaki lebar x 30 kaki panjang lebih kurang berlantai pasir.
Zon Berlian sepanjang tebing sungai yang cetek dan mesra kanak2. Anda boleh lepaskan anda anda bermain air dengan pantauan minima. Harga tapak Berlian rm65/malam.
Zon Jati lebih meriah dan sesuai jika anda datang berkumpulan. Boleh setting menghadap satu sama lain. Jangan risau, lorong tu luas tau. Saiz tapak Jati lebar 20 kaki x 30 kaki+-. Harga tapak Jati rm60/malam.
Jika anda suka berkhemah dibawah naungan bayang pepohon hutan, tapak Merbau pasti anda suka! Lokasi membelakangi pentas Taman Murai (Tapak Acara rm50/sesi 4jam), pagi anda akan bingit dengan kicauan burung murai yang kepoh bersembang pasal khemah anda yang warna warni (kalau khemah hitam dia tak excited sangat 🤣). Saiz tapak Merbau 25’ x 35’ dan harganya rm75/malam.
Jika anda memandu campervan, kami ada zon campervan untuk anda! 4 tapak Resak sesuai untuk anda parking campervan anda menghadap sungai. Harga tapak Resak rm30/malam.
Jika anda datang berkumpulan lebih 10 orang dan berhasrat untuk menyewa tapak untuk group camping, Jiwacamp ada tapak Cengal dan Meranti khas untuk persatuan, sekolah, korporat yang memerlukan privasi untuk menjalankan acara berkumpulan. Tapak Chengal dan Meranti masing masing boleh memuatkan hingga 40 khemah dome (4 orang) dalam setiap tapak. Punya tandas sendiri dan tapak acara sendiri. Dewan Jiwacamp berdekatan juga boleh disewa dengan harga rm300/hari untuk sebarang acara.
CAS AKSES HUTAN LIPUR
Untuk akses Hutan Lipur Sungai Pandan dengan permit bermalam, anda akan dikenakan cas seperti berikut:
Dewasa - RM10/entry
Kanak2 - RM5/entry
Parking - RM5/kereta
**kutipan ini adalah untuk menjaga kelestarian seluruh kawasan air terjun dan ia bukan dikutip oleh pihak Jiwacamp. Sebarang diskaun yang ditawarkan oleh Jiwacamp akan mengecualikan kutipan ini.
Kawasan parking kami bertar. Selamat dan tersusun. Anda tidak boleh bawa kenderaan masuk sampai ke tapak khemah, jadi memang perlu guna wagon. Kalau tak ada wagon takpe, kami ada wheelbarrow yang anda boleh guna. Jarak dari parking ke lot terakhir Berlian sekitar 100m
Jiwacamp ada total 12 tandas! (Cangkung), 6 shower dengan air yang kuat macam waterjet!
Jiwacamp menyediakan bekalan eletrik melalui generator bermula jam 7pm sehingga 7am. Harga perkhidmatan ialah rm10/malam sahaja. Bekalan eletrik khusus untuk cas peranti seperti telefon atau bateri. TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN CEREK / PERIUK / DAPUR ELETRIK SAMA SEKALI atau peralatan eletrik lebih dari 100watt.
Ok ini paling menarik. Hutan Lipur Sungai Pandan ialah kawasan hutan simpan dibawah pemeliharaan Jabatan Perhutanan Pahang. Ia menawarkan berbagai spesis flora dan fauna untuk anda belajar dan menerokainya. Berikut adalah antara aktiviti yang boleh dibuat di Jiwacamp dan kawasan sekitarnya:
Program dewasa / family:
1. Mandi Air Terjun Sungai Pandan!
2. Hiking Dewasa(ke air Air Terjun Orkid)
3. ATV Discovery
4. Melihat Periuk Kera / Mengenal Flora
5. Acara sukan air (kolam besar)
Program Anak-Anak Jiwacamp hanya berlangsung pada waktu Jumaat-Ahad atau cuti persekolahan:
1. Hiking Hutan Kecil
2. Asas Ikatan
3. Asas Survival Hutan
4. Belajar Asas Penggunaan Walkie Talkie
Semua program ini dikawal selia oleh Pak Tam yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam aktiviti outdoor dan beliau suka kanak kanak!
Di Jiwacamp kami ada kedai runcit yang membekalkan makanan asas seperti megi, sardin, biskut dan airbatu. Kami juga ada kedai Kopi Jiwa dalam kawasan campsite untuk peminat kopi.
Jika anda keluar dari Jiwacamp menuju ke Air Terjun Sungai Pandan (300m sahaja), kawasan air terjun terdapat food court yang menjual aneka juadah dan minuman.