Teluk Batik Camp Site

 

4.5/52 Reviews

Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.

FAQs

Q Parking

RM5

Q Harga Sewa Tapak

RM40 + RM10 Letrik per tapak

2 Reviews for Teluk Batik Camp Site

Cg. Laila 1 Reviews
Mrs
5.0.0

Nak bercamping tp jiwa x bape kental.. Cari tempat camping yg ada lampu terang benderang.. Mlm minggu mmg happening Org ramai x takut 👍🏼 Ada point elektrik 👍🏼 Toilet bersih siap ada guard mlm 💪🏽 Saya suka.. saya sukaa…. 🥰

Was this review ...? Interesting 1 LOL 0 Love 2
fairuz sariz 1 Reviews
Nice beach, well maintain and safety.
4.0.0

Pantai bersih, jalan masuk mudah, toilet dijaga, pengunjung pun ramai, ada extra aktiviti macam banana boat.

Was this review ...? Interesting 3 LOL 0 Love 1
image